SIB Limposu: Acara Gotong SIB Limposu peringkat kawasan Papar telah diadakan pada 30hb Julai 2019. Seperti Lazimnya acara ini adalah anjuran SIB Kawasan Papar melalui biro Kebajikan & Hospitaliti.
Antara kerja-kerja yang telah diadakan pada ketika itu ialah, membaiki atap atau "zink" yang bocor serta membaiki siling, membaiki pintu gereja yang rosak, dan membersihkan sekitar kawasan gereja.
 |
Membaiki pintu gereja |
Pihak kepimpinan kawasan mengucapkan bersyukur dan terima kasih atas kerjasama dan keterlibatan jemaat Tuhan di dalam acara ini. Juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan dari segi kewangan, tenaga dan bantuan doa. Tuhan memberkati kalian, Amen
 |
Siling yang rosak |
 |
Menggantikan siling gereja. |
 |
Membersihkan kawasan gereja |
 |
Acara makan bersama |