Lawatan SIB Kawasan Pekan Nabalu ke SIB Kelompok Masalak
1hb - 2hb Jun 2024, Rombongan SIB Kawasan Pekan Nabalu telah datang ke SIB Kawasan Papar untuk datang melawat SIB Kelompok Masalak. Tujuan ini adalah untuk datang melawat tempat pelayanan Pastor Jicklee yang merupakan Pastor Gereja SIB Kelompok Masalak. SIB Kawasan Pekan Nabalu merupakan penaja pelayanan Pastor Jicklee sebagai pastor penginjilan yang melayani di dalam Kawasan Papar.
Rombongan yang hanya terdiri daripada 3 orang iaitu keluarga Pta. William Wong, Isteri dan seorang anak mereka. Kawasan difahamkan bahawa para rombongan atau ahli majlis yang lain tidak dapat hadir kerana atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.
Makan malam bersama dan Ibadah malam telah diadakan di gereja SIB Pekan Papar dan manakala Kebaktian Minggu di adakan di Gereja SIB Kelompok Masalak. Pihak SIB Kawasan Papar mengucapkan ribuan terima kasih atas lawatan dan pelayanan daripada rombongan SIB Kawasan Pekan Nabalu.