Mesyuarat Agung SIB Kawasan Papar 2023 - 2025

Mesyuarat Agung SIB Kawasan Papar: Pemilihan Ahli Majlis Baharu Sesi 2026 – 2028

Papar, 4 Oktober 2025 — Mesyuarat Agung SIB Kawasan Papar telah diadakan di Gereja SIB Pekan Papar dan dipengerusikan oleh Rev. Edwin Tupoloh, yang juga merupakan Bendahari Agung SIB Sabah. Mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh kasih persaudaraan, dengan kehadiran seramai 35 orang perwakilan daripada 11 Gereja Lokal, serta beberapa pemerhati yang turut hadir memberi sokongan.

Dalam mesyuarat ini, pemilihan Ahli Majlis SIB Kawasan Papar bagi sesi 2026 – 2028 telah dijalankan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk meneruskan pelayanan di peringkat kawasan.

Ahli Majlis SIB Kawasan Papar Sesi 2026 – 2028


Ketua Kawasan: Pta. Tinggih Sulog

Timbalan Ketua: Pastor Phillip Bueyeh

Setiausaha: Dkn. Garry Phillip

Penolong Setiausaha: Pn. Solacistika Edwin

Bendahari: Dkn. Misahk Roben


Pengerusi Badan Pelayanan

- Pengerusi Badan Pelayanan

- Pta Ambrit Joseph (Wira)

- Pst. Suhainie Lawansing (PW)

- Pst. Palimon Enik (PMM)

- Dkn Welter Lainor (PKK)

AJK.

1. Pta. Jeffrey Sampit

2. Pta. Roben Ajang

3. Pst. Lazarus Nonong

4. Dkn. Benny Joseph

5. Pst. Markus Barokh

6. Dkns. Doris Majoh






Pihak SIB Kawasan Papar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan kepimpinan terdahulu atas dedikasi dan sumbangan dalam pelayanan. Diharapkan agar kepimpinan baharu ini akan terus dipimpin oleh Tuhan dalam memperkukuh visi dan misi pelayanan di seluruh kawasan Papar.


> “Segala sesuatu yang kamu lakukan, lakukanlah dengan segenap hatimu seperti untuk Tuhan dan bukan untuk manusia.”

— Kolose 3:23




#SIBKawasanPapar #MesyuaratAgung2025 #PemilihanMajlis2026_2028 #UntukKemuliaanTuhan

أحدث أقدم