SIB KAWASAN PAPAR

Gereja Yang Mendewasakan - 1 Kor 14:20

News

Sunday, September 15, 2019

Kebaktian Hari Malaysia 2019

Jemaat Tuhan SIB Kawasan Papar

SIB Lembah Ovia; Kebaktian Hari Malaysia peringkat SIB Kawasan Papar telah diadakan pada 15/9/2019 bertempat di Sidang SIB Lembah Ovai, Papar. Acara ini adalah acara kawasan yang mana Majlis Gereja Ovai bersama-sama dengan komiti kawasan merupakan penganjur. Kebaktian ini telah di rasmikan oleh Pastor Markus Barukh merangkap Timbalan Ketua Kawasan. Berkesesuaian dengan hari Malaysia, tema kali ini ialah "Kemerdekaan Memupuk Perpaduan".

Pada kali ini pihak komiti kawasan telah memberi penghormatan kepada Pta. Tinggih Sulog sebagai pengkhotbah.

Pastor Markus Barukh


Seramai 225 jemaat Tuhan yang telah hadir dari semua sidang lokal dan Kelompok ke kebaktian ini untuk menjayakan kebaktian ini. Dalam ucapan Pengerusi Pelaksana Dkns Carolyn beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelayanan ini secara lansung atau tidak lansung.

Pta. Tinggih Sulog


Pihak Majlis Kawasan mengucapkan tahniah kepada AJK Pelaksana dan Komiti Kawasan kerana begitu komited untuk mengadakan acara kebaktian ini dan percaya bahawa kejayaan ini adalah untuk kemuliaan nama Tuhan. Amen

MC: Dkn Benny J

Jemaat
Komiti Kawasan
Kesaksian dari SIB Ovai
Para Pastor
Jemaat yang berada di luar