SIB KAWASAN PAPAR

Gereja Yang Mendewasakan - 1 Kor 14:20

News

Saturday, October 5, 2019

Mesyuarat Tahunan SIB Kawasan Papar 2019


SIB Mapit, Papar:- ShalomMesyuarat Tahunan SIB Kawasan Papar 2019 telah diadakan pada 5/10/2019, 11.00 pagi, di gereja sidang SIB Mapit yang telah dipengerusikan oleh Pta. Simiun Lomudin. Seramai 44 perwakilan gereja lokal yang telah hadir dan beberapa orang pemerhati dari sidang gereja lokal dan sidang kelompok. 

Dalam mesyuarat kali ini, beberapa usul-usul telah diperketengahkan dan beberapa laporan yang telah dibahas oleh para perwakilan. Syukur puji Tuhan dalam penyertaan-Nya mesyuarat berjalan dengan baik meskipun dimulakan agak lewat sedikit atas masalah tertentu, maka mesyuarat selesai kira-kira pada pukul 3.10 petang. Pengerusi tetap telah memberi komen bahawa "Inilah mesyuarat tahunan yang paling damai."

Terima kasih atas kesatuan yang telah diberi oleh setiap ahli-ahli majlis kawasan dan jemaat Tuhan di SIB Kawasan Papar, kiranya Tuhan memberkati setiap pelayanan dan nama Tuhan Yesus dipermuliakan. Amen
Perbahasan
Majlis Kawasan dan Perwakilan
Cenderahati
Penerimaan Laporan